Dalam diam diri ni rindu sangat. Rindu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Rindu akan gelak tawa mereka. Rindu akan senyuman mereka. Rindu akan pertuturan mereka. Rindu akan bicara mereka. Rindu akan memek-memek muka mereka. Rindu akan monyok muka mereka. Rindu akan kehadiran mereka yang sentiasa di sisi.
Memang. Diri ini baru saja mengenal mereka.
Memang. Diri ini baru saja mencintai mereka.
Memang. Saya memang mengaku akan cinta saya terhadap mereka.
Hati ini rindu. Rindu akan kata-kata semangat mereka kala saya jatuh.
Rindu akan bantuan yang mereka bagi kala saya menangis.
Rindu akan motivasi dan teguran mereka yang amat mencairkan hati yang keras ini.
Rindu akan pelukan-pelukan sayang dan ciuman-ciuman pipi yang amat comel mereka.
Rindu akan kehadiran mereka. Sentiasa merindui.
Bila orang bicara pasal sahabat, sayalah akan menjadi orang pertama yang akan mengalirkan air mata. Sayalah orang pertama yang akan menjadi jiwang. Sayalah orang pertama yang akan tersenyum mengenangkan segala kenangan pahit manis bersama. Sayalah pencinta sahabat saya.
Tapi. Cinta saya terhadap mereka bukan kerana inginkan simpati dan empati mereka. Bukan. Cinta saya sebabkan Allah. Merekalah yang telah berpimpin tangan, bersama-sama berusaha untuk menggapai redha-Nya. Mereka adalah orang-orang yang telah berjaya menawan hati saya yang keras ni untuk kembali kepada Allah. Mereka adalah orang-orang tarbiyah. Merekalah usrah saya. Keluarga saya.
Sahabat..
Saya sayang anda.
Saya cinta anda.
Saya boleh mengalirkan air mata rindu kerana anda.
Saya ingin menggapai redha Allah bersama anda.
Tapi, yang penting...
Saya ingin berpimpin tangan, berpelukan masuk syurga bersama anda.
Sahabat.
Saya sayang anda.
Allah telah pertemukan kita di sini,
agar kita dapat sentiasa saling mengingati.
Ukhwah yang terjalin adalah,
ukhwah yang terbina atas dasar iman kepada-Nya.
Kasih sayang kita adalah,
kasih sayang kerana-Nya.
Sahabat...
Pegang erat tangan saya,
dan saya akan buat yang sama;
Saya nak masuk syurga bersama anda...
Tuesday, May 21, 2013 @ 3:44 PM
Know the difference.
There is a difference between the word 'KNOW', 'UNDERSTAND', 'BELIEVE' AND 'ASSURED'.
Perkataan 'tahu', 'faham', 'percaya' dan 'yakin'. Hehe.
Kita boleh kata kita tahu, tapi kita tak faham.
Kita faham, tapi tak percaya.
Kita percaya, tapi tak yakin.
Ada juga situasi kita tahu dan faham, tapi tak percaya dan yakin.
Ada juga situasi di mana kita tahu, faham, percaya tapi tak yakin.
Ada juga situasi di mana kita tak tahu, tapi kita yakin.
Situasi-situasi lain juga ada dengan hanya 4 perkataan ni.
Words are amazing things, right? Wink.
First and foremost, let's list these words and define them :
1) KNOW : Become aware of or have knowledge
2) UNDERSTAND : Perceive the significance, explanation or cause
3) BELIEVE : To accept a statement of truth
4) ASSURED : Confident.
Now, what's with these words?
Aha! Itu adalah masalah kita. 4 perkataan ni adalah masalah kita.
Kakak naqibah saya pernah story satu kisah.
Kisah tentang pemanah dan orang awam.
The story goes.. [That is if I can remember it correctly, but do pardon me if anything is wrong]
One day, a man came to a village and announced to the villagers about his skills in archery.
"I am great in archery. Do you believe me?" he asked the villagers.
The villagers nodded their heads and profusely answered "Yes, we believe you."
"But, are you confident that I am the best in archery?" he asked, again.
"Yes. We do." the villagers answered, obediently.
"If so, then I need a volunteer to stand over at that tree over there with an apple on his head and let me shoot it with my bow and arrow. So, any volunteers?" he asked, hands on waist.
But, to his dismay, no one volunteered themselves. Then, he heard a voice in the corner, "I'll do it!".
He turned, and saw that it was his son.
"I'll do it, Papa, because I believe in you and I trust you can do it." he smiled, getting an apple and running towards the distant tree.
Now.. The story ends here.
But, can you get the lessons from it? Eheh! ;)
Sekarang anda tahu, anda faham, anda percaya dan anda yakin! Cayalah, bro!
PS : Maaf lah kalau anda tidak faham akan konteks post ini. Segala pertanyaan boleh di buat di mana-mana saja. kekeke. Usaha tangga kejayaan, eh! Senyum.
@ 2:37 PM
Sedarkah kita?
Wahai pemuda,
sedarkah kita yang kita adalah generasi untuk membangkitkan kembali syiar Islam yang sekarang menjadi satu hinaan kepada dunia?
Wahai umat Islam,
sedarkah kita bahawa hari Kiamat semakin menghampiri dan pemuda-pemuda kita semakin hari semakin lalai?
Wahai pemuda,
sedarkah kita tentang keistimewaan Islam dalam kehidupan untuk diri kita, dan juga untuk dunia?
Wahai umat Islam,
ingatkah lagi kita tentang semangat perjuangan dan semangat jihad yang dahulunya kuat di kalangan kita, tetapi semakin lemah dan semakin menghilang sekarang?
Wahai pemuda,
indatkah lagi kita tentang perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh yang dapat menawan Kota Konstatinopel dalam usia 20-an nya, tetapi kita leka dengan duniawi sekarang?
Wahai saudara-saudaraku,
ingatkah lagi kita tentang tujuan hidup kita di dunia ini?
Inatkah lagi kita janji-janji Allah kepada kita sekiranya kita betul-betul beriman kepada-Nya?
Sedarkah kita tentang realiti-realiti umat kita yang semakin hari semakin tenat sekarang?
Sedarkah kita apabila kita tengah seronok berada di bangku ad-Din, tetapi kita tidak menghiraukan saudara-saudara kita yang lain yang lemah terbelengkalai di sana?
Sedarkah kita, kita telah tidak sengaja menghina dengan hati dan mata akan orang-orang yang kurang atau tiada gah ad-Din dalam diri mereka?
Saudaraku,
percaya kah anda bahawa pengakhiran zaman dan dunia kita semakin hampir, dan kita terus lalai dimamah nikmat dunia?
Sedih lah anda, tetapi, kesedihan anda tidak dapat mengubah apa-apa, sekiranya anda tidak mengubahkannya sendiri dengan usaha anda.
Saudaraku,
bangkitlah, dan bangunlah kembali Islam di muka bumi Allah ini.
Jadikanlah Islam sebagai Ustaziatul Alam sepertimana para sahabat-sahabat, para tabi'in, para tabi' tabi'in telah berjaya melaksanakan suatu ketika dahulu.
Sedarlah wahai saudaraku.
Sedarlah.
We can't deny the fact that student life is actually like this. Tapi, sebenarnya, kita boleh ubah kitaran hidup student ni. Memang benar bukan? Lagi-lagi bila bertitlekan student, memang hidup kita ibarat macam kehidupan sebuah robot. Ohoi! Memang penat, lagi-lagi kalau assignment bertimbun kalah library kolej! eheh!
Namun, kita lupa. Dalam kesibukan kita melaksanakan pekerjaan duniawi, kita lupa yang kita ada matlamat dan tujuan lain selain hanya belajar, dapat segulung diploma atau ijazah, kerja, kahwin, dapat anak, beli rumah, beli kereta... Kita lupa akan mengapa kita melakukan semua tu. Heh! Awak! Segala sesuatu ada sebabnya. Dan asbab nya adalah kita ingin melaksanakan tanggungjawab khalifah kita! Ohoi!
Sedarkah anda, permulaan kehidupan kita sudah tertulis dalam al-Quran? Kita dilahirkan ke dunia ni, tup tap tup tap! Otometik tanggungjawab di bahu kita adalah untuk jadi seorang 'abid dan seorang khalifah! Jangan kita dok sombong tak melaksanakan suruhan-suruhan Allah. Sebab, kita pada asalnya datang dari-Nya, dan pada satu hari nanti, insyaAllah, akan dikembalikan kepada-Nya. Jasad kita hanyalah pinjaman. Kehidupan di dunia ni adalah pinjaman, dan kita mesti kembalikan dan memulangkan apa yang telah dipinjamkan.
Dalam konteks tujuan dan matlamat hidup kita, ingatlah 51:56 dan 2:30. Oho!
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu "
[Surah adz-Dzariat, 51:56]
Allah telah nyatakan dalam al-Quran yang Dia telah ciptakan manusia (dan jin) tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyembah dan beribadat kepada-Nya. Nothing else. Tapi, malangnya, kita degil. Kita sombong. Kita lupa. Kita tak nak.
Let me ask you a question.. Are you islam or Islam?
Fikir kan. Ada perbezaan antara dua benda tu. Adakah anda islam atau Islam?
Let's discuss the choices :
(A) Islam
Sebelum itu, lihat betul-betul perkataan pilihan pertama ni. Kalau anda seorang yang very cautious tentang penggunaan bahasa dan tatabahasa, anda akan perasan di mana huruf 'i' telah di capitalized (di besarkan). So, we can see that perkataan ni menunjukkan ia adalah satu perkataan yang membawa maksud kepada kata nama khas.
Ini bermaksud, kita hanya seorang Islam pada nama. Kalau tak caya, tengok IC sekarang! Senyum
(B) islam
Perbezaan perkataan ni pulak, ia adalah kata nama am dan tidak membawa satu spesifikasi sangat. Ini bermaksud, ia boleh jadi kata kerja jugak. Dan perkataan yang ni lah yang patut ada dalam diri kita! Islam pada kata kerja kehidupan!
So, what is the correct answer?
Easy. We want to be both. :) We are both islam and Islam.
Macam mana?
Kita sudah otometik Islam, so tugas kita sekarang is melaksanakan islam. Kan senang gitu! Eheh!
Caranya?
Allahu rabbi! Caranya is kita commit diri kita sepenuh-penuhnya dalam beribadat dan melaksanakan segala pekerjaan secara islam. Lillahi ta'ala. Itu yang penting. Kita kena ingat yang kita ni hanya hamba Allah, dan tugas hamba adalah untuk mengabdikan dirinya sepenuh kepada Allah. Kita tidak boleh melawan, apatah lagi mengherdik dan memaki hamun suruhan-Nya.
Ayuh jadi 'abid! Senyum sambil mata bersinar-sinar ibarat buruj di angkasa! Ewah! kehkehkeh...
to be continued...
Sunday, May 12, 2013 @ 8:16 PM
Kadang kita terlupa...
Kadang kita terlupa. Apa yang kita terlupa? Persoalan ni bermain di fikiran saya semenjak mulanya cuti semester ni. Dan persoalan-persoalan lain juga ada, but I don't know why this one question keeps on popping up in my head.
Satu fakta yang kita tak dapat nak tolak : Kehidupan ni memang ada pahit manis nya. Ada turun naik nya. Ada gembira dan kesedihan. Ada dugaan dan ada berita gembiranya.
Tapi, kadang kita terlupa.. What did we forget?
Kita terlupa yang hidup ni hanya sementara.
Kita terlupa yang segala-gala yang kita ada sekarang adalah kepunyaan Allah swt.
Kita terlupa yang kita hanya meminjam, dan akan datang masanya untuk kita kembalikan pinjaman kita.
Kita terlupa akan hikmah di sebalik segala kejadian.
Kita terlupa dan terus terlupa.
Bukan hanya terlupa apa yang tertera di atas, tapi kita lupa banyak perkara.
Tapi, yang paling penting sekali.. Kita lupa bahawa kita hanya hamba yang lemah.
It's disappointing to know that we keep on forgetting. Sedangkan banyak dah petanda dan peringatan untuk kita supaya kita tak lupa.
Lahai! Hinanya kita...
----------
Peringatan untuk diri yang sedang dilanda dugaan yang berat.
Thursday, May 9, 2013 @ 11:44 PM
Ukhwah fillah.
Dalam post ni, saya takkan tulis apa-apa yang panjang mengenai ukhwah fillah. Sebabnya, bagi saya, ukhwah fillah ni sangat susah bagi saya untuk menerangkan dengan kata-kata, dan orang yang pernah merasa keindah ukhwah fillah ni sangat memahami apa itu ukhwah fillah yang sebenarnya. Indah sangat persahabatan yang terjalin kerana-Nya. Bertemu dan berpisah kerana-Nya. Segala-galanya kerana-Nya. Iman menjadi perhubungan antara insan-insan yang bernama sahabat ni. Iman lah yang mengukuhkan lagi tali persaudaraan di antara insan-insan ni. Gol dan matlamat jalinan ukhwah ni adalah hanya untuk mengejarkan keredhaan Ilahi, dan ingin menggapai tangga syurga sambil berpimpin tangan sekaligus membina syiar Islam yang benar dan memantapkan lagi dakwah Islamiyyah di muka bumi yang osem lagi happening! Ewah!
"Ukhwah Fillah." says a friend to another after finishing chatting in the net. This kalimah is said after they have shared a conversation together on boys, fashion, love story or even gossips. One may wonder, How could a kalimah so beautiful just being peppered anywhere and by anyone?This kalimah is laden with beautiful meanings, denote the powerful strength of relationship among the muslim, a kalimah that can unite muslims all around the globe no matter what colour they wear on their skin. Ukhwah means friendship, relationship, bond. Whereas filLah means just for the sake of Allah. Together it signifies a relationship a bond that are build just for the sake of Allah. This relationship is like no other. Nothing can come between two brothers who befriend for Allah. They will help each other in good or bad times. They will remind each other on doing good deeds to Allah. They will help each other in avoiding themselves to do bad thing. They love their sahabah because the sahabah love Allah. Ukhwah goes hand in hand with iman. There will be no ukhwah without iman and noiman without ukhwah. We don't want this kalimah to be used by those people who think that they are doing something for Allah just by saying this kalimah without having any meaning to it. We also don't want people to use thiskalimah as a camouflage to do things for their own benefit. So, let us spread the ukhwah to the heart of every muslim. Share our experience and thoughts with them and guide them to the path of Allah. InsyaAllah,,Allah will guide us throughout the way...
[Credit to here.]
So.. Jom jalinkan ukhwah fillah! :)
PS : Jom dengar lagu jugak! :D kekeke..
Senyum.
Monday, May 6, 2013 @ 4:16 PM
Tujuan kita (I)
Have it ever crossed your mind : What is my purpose of life? Why am I in this world? What's the point of living in life? Why am I alive?
Well, tahniah, saudara/i. Anda telah meningkat usia. Dan juga kematangan minda. Mengapa saya berkata demikian? Sebab, anda sudah mula belajar untuk ambil tahu asal usul dan tujuan hidup anda. Dalam pengalaman saya (Baca : In my experience), soalan-soalan begini terlintas semasa berada di usia remaja lagi, tapi dalam usia (sekian-sekian) baru saya faham akan tujuan sebenar kehidupan. Itulah salah satu perkara yang ditekankan dalam daurah yang pernah saya pergi tahun lepas : ISK.
Kalau kita lihat kehidupan kita sekarang, kita boleh lihat di mana sekarang rutin kehidupan kita amat senang : Bangun pagi, mandi, makan, pergi kerja/sekolah/kelas, balik rumah, buat kerja lagi, mandi, makan, tidur. Dan ia berulang hari demi hari demi hari demi hari, sampai lah ajal menjemput kita. Tapi, sebenarnya, life is more than that! We are not robots that are programmed to do the same thing over and over again.
Jika saya bertanyakan tentang apakah gol dan matlamat anda, sudah semestinya saya akan dilemparkan dengan banyak perkara. Ada yang ingin kahwin selepas belajar lah, nak sambung master lah, ada yang nak bekerja di hospital. Yang bersemangat berkobar-kobar dalam jihad tu pulak sudah semestinya mengatakan ingin menyebarkan dan menegakkan lagi Islam di muka bumi yang bulat ni. Ada pulak kata yang mereka nak cuba usaha lagi dalam perusahaan mereka untuk mencapai kejayaan di tangga korporat mereka. Typical. These are the most common answers if you were to ask people about their goals in life.
But, what if I ask you, apakah tujuan anda hidup di dunia ni?
Sudah pasti anda akan menjawab untuk melaksanakan tugas khalifah di muka bumi yang Allah ciptakan ini. Atau adakah anda mempunyai jawapan yang lain? Eheh!
Seperti yang telah ditunjukkan dalam video di atas, hidup kita ini ada tujuan dan matlamat.
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu "
[Surah adz-Dzariat, 51:56]
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"."
[Surah al-Baqarah, 2:30]
What more can I say?
to be continue....
Thursday, May 2, 2013 @ 11:16 PM
Obstacles.
When we talk about hardship, we are talking about problems and obstacles in life. Memang, kehidupan ni ibarat satu roda.
Kita akan naik, dan kita akan turun. Tak semuanya indah. It is like learning how to ride a bike. At first, we will be all shaky and unbalanced. And adakalanya kita terjatuh. But, because of our own willpower to learn how to ride a bike, we get up and try again until we are fully balanced. Macam itu juga dalam hidup ni. Setiap kali jatuh, kita harus bangkit kembali. Dan bila kita bangun selepas jatuh, kita sepatutnya jadi lebih bersemangat dan berazam! Kerana apa? Ingin mencapai satu gol yang sudah tertanam di dalam hati.
Ingatlah, sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia disertakan ujian dan cabaran. Tapi, sungguh Maha Penyayang nya Allah, Allah memberikan dugaan dan cabaran bersesuaian dengan kemampuan kita. He will never give something that is beyond our capability, and strength. Dan ujian dari Allah juga adalah satu cara untuk kita menilai tahap iman dan taqwa kita kepada-Nya. Jika kita bandingkan diri kita (yang tengah bermasalah, dan tengah bersedih, berduka lara) dengan sahabat-sahabat Rasulullah dan juga Rasulullah sendiri, sungguh memalukan sebenarnya kita ni. Mereka dulu sanggup tinggal segala harta mereka semata-mata hendak ikut Rasulullah berhijrah ke Madinah. Mereka sanggup putus tangan, putus kaki, bermati-matian demi Islam. Dan mereka tidak pernah sama sekali mengeluarkan kata-kata penat dan lelah ketika diberi ujian daripada Allah. Kata mereka apa? Mereka hanya tahu bahawa dunia ni hanya sementara, dan kematian itu indah bagi mereka, sebab mereka tahu Allah telah menyediakan syurga yang indah lagi aman untuk mereka.
MasyaAllah...
Bagaimana pula dengan kita? We only know how to complain, and yet our hardships are not even close to what they had faced and endured. Kerana keyakinan mereka akan syurga menanti di akhirat sana (mcm bunyi lagu ek?), mereka sanggup melakukan apa saja. Allahu rabbi. Kita? Ini baru saja fail dalam exam, dah menangis macam mati suami. Ini baru masalah dengki, dah rasa down macam baru kehilangan anak kucing! Ini baru saja putus chenta dengan boyfriend atau girlfriend, dah putus asa. Astaghfirullahalazim... Kita hanya baru merasa ujian 1% daripada 100% dari Allah, kita dah mula mengalah. Sedangkan kita tidak lagi diancam bunuh sekiranya masuk Islam. Kita tidak lagi ditindas oleh orang atasan dek kerana kita Islam. Kita tidak berada di situasi macam orang-orang Palestin sana. Kita mudah sangat mengeluh dan putus asa!
Apakah kita lupa tentang yang lagi aula dan apakah kita lupa matlamat hidup kita?
Sepatutnya, setiap dugaan yang kita alami, kita sepatutnya muhasabah balik. Are we becoming distant with Allah? Have I committed too many sins, and this is how Allah is trying to tell me? Allah has given us this obstacle to face to remind us that He remembers us, dan bukan saja-saja nak bagi! Allah bagi ujian mesti ada sebabnya. Try imagine if Allah created human just for fun? Then, what to become of us? Kita diciptakan untuk mengabdikan diri full-time dekat Allah dan sekaligus menjadi khalifah di muka bumi ni. Bukan untuk mengejar duniawi dan mengeluh setiap kali diberi dugaan.
And I am no master to motivational talks and motivational things, but here's a guide to overcome hardship -- the right way! Dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi, kita sepatutnya ingat satu perkara : Allah sentiasa ada! Innallaha ma'ana!
Tapi, jangan pula nak ingat Allah time susah-susah je. Biarlah Allah dan Rasulullah sentiasa ada di dalam hati dan minda.
------------------- -------------------
Maaf kalau bunyi macam marah dalam post ni, dan tidak bawak banyak sangat isu.
Tapi, sebenarnya, ini adalah post untuk diri saya sendiri, agar saya tidak lalai dan tidak putus asa dalam menangani masalah yang sedang berlaku.
Semoga bermanfaat untuk bacaan anda juga!
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) kamu merasa sedih, sebab kamu adalah yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman"
[surah ali-Imran, 3:139]
@ 12:48 AM
Usaha
Bila bicara tentang usaha, kebiasaan dalam otak kita, kita akan imagine diri kita bekerja dari pagi sampai ke malam tanpa henti dan tanpa kenal erti lelah. Itu adalah satu definisi usaha bagi yang workaholic, walaupun tak semua macam tu. kihkihkih.
Tapi, ada benar definisi tu. Usaha adalah perbuatan kita untuk melaksanakan sesuatu dengan penuh azam, semangat dan keyakinan! Ala-ala macam Ultraman yang nak hapuskan raksasa yang lebih gah dari dia sendiri. kekeke.
Pernah dengar kan kisah burung yang cuba untuk padamkan api tu?
Subhanallah.. Banyak ibrah yang kita boleh ambil daripada kisah burung ni. Terutama sekali berkaitan dengan usaha.
Tak ingat? InsyaAllah, mai saya ceritakan...
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’ Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘. Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan. Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!. Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”"
Maaf ye, malas pulak nak taip. hehe.
Tapi, inilah kisahnya. So, now, we can ask ourself, nak jadi seperti burung tu atau nak jadi seperti cicak?
Pada mata orang lain, budaya menulis dalam blog ni adalah old-style, tapi inilah contribution kami dalam dakwah. Dan macam burung kecil tu, inilah usaha kecil kami, dan insyaAllah, apa yang kami nak bukan populariti mahupun orang untuk tersentuh dengan tulisan-tulisan kami, tapi kami sekadar berkongsi ilmu dengan anda-anda.
Bila hidup untuk duniawi, maka tiadalah nikmat syurga untuk kita. Maka, betulkan niat, kerana niat itu adalah permulaan dalam segala sesuatu
.
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan usaha saya dalam dunia blog ini.
"Dakwah is love, so spread the love."
it is a lifestyle.
Profile
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.
I need not introduce myself,
for what you need to know is not regarding me, but regarding the posts I'll be making in this blog.
So, adios! :)
Barakumullah wa syukran jazilan kathiran wa jazakumullahu khairan.
Dakwah is love,
Dakwah is compassion,
Dakwah is passion,
Dakwah is unconditional love,
So spread dakwah by spreading love.
Islam is all about making love, not make disputes,
Islam teaches us to gain love,
by spreading love.
What you get, you get back.
Islam is one big family.
ukhwah fillah
Friendship,
When it is created by iman,
And when loving them because of Allah,
That is the best friendship of all.
That is ukhwah fillah
a friendship like no other. :)
Sahabat,
I love you.
Uhibbukum fillah!
And I am not afraid to tell you that and not afraid to show you! :'D