Wednesday, August 21, 2013 @ 8:00 PM
Family.
Bila bicara fasal keluarga atau kekeluargaan, dan jika anda mengetahui siapa saya yang sebenar-benarnya, maka anda tahu bahawa topik perbincangan itu adalah topik yang amat sensitif bagi saya. It is not something new, nor is it something ancient. Ia merupakan topik di mana saya menjadi lagi cepat tersentuh dan akan cepat buat saya mudah untuk mengalir air mata.
Ah! Ini semua ayat sastera! Ayat poyo! Nak mintak simpati le tu!
Mungkin. Saya tidak menyalahkan anda jika anda ingin mengatakan saya ni nak publisiti ataupun nak kan perhatian dan simpati lebih. Gelak dengan gedik. Ah. Terlebih pulak. Hikhikhik.
Saya pernah teringat kata-kata seorang ikhwah kepada saya.
Eh, eh... Bukan main lagi minah ni denga ikhwah die! Kate jaga ikhtilat!
Sigh. That's not my point, and no, my relationship with this ikhwah is more like a brother-sister relationship. Not more and will never be more than that.
"A good dai'e will never look down upon others. A good dai'e is someone who looks at others with love and compassion. But an awesome dai'e is someone who loves others unconditionally, and also loves easily. To become a good and an awesome dai'e takes times and practice. But here's one simple tips from me : see everyone as if they're family. Because, in the Quran, in surah al-Hujurat : 10, the Quran says : Muslims are brothers, therefore make peace between two brothers and fear Allah that the mercy may beshown to you. Never forget that, little sister. Never forget that. A good dai'e practices love and understanding in life, not only just to preach. Dakwah is love, so spread the love, spread dakwah. Always keep this in mind, little sister. Always."
SubhanAllah.. Memang hebat akhi saya seorang ni! Memang hebat! Memang tak boleh dinafikan mengapa orang akan panggil ikhwah ni seorang yang amat, dan teramatlah osem!
Persoalannya sekarang, adakah saya (dan juga anda) mempraktikkan pemikiran yang sebegitu?
Sudah faham mengapa topik dan perbincangan mengenai keluarga itu sangat bermakna dan sangat menyentuh jiwa?
Keluarga telah lama didefiniskan sebagai orang yang mempunyai pertalian darah dengan kita, tetapi! Dalam konteks Islam, sesebuah keluarga itu bukan sahaja yang mempunyai pertalian darah dengan kita, tetapi, keluarga kita adalah orang yang mempunyai pertalian aqidah dengan kita! Saudara kita, baik lelaki, baik perempuan, sekiranya mereka adalah beragama Islam, tak kira lah mereka itu orang yang komited dengan Islam mahupun orang yang hanya memegang title Islam pada IC dan nama, mereka tetap dan sentiasa menjadi anggota dalam keluarga kita.
Saya ingat lagi topik perbincangan usrah saya beberapa bulan yang lepas. Naqibah saya tunjukkan video kepada kami mengenai istimewanya Islam ini, bukan hanya kerana Islam ini adalah satu gaya hidup, mahupun bukan hanya sekadar satu agama untuk dijadikan anutan, tetapi Islam ini sangat meluas, dan yang paling pentingnya Islam ini ialah... Islam ini satu keluarga yang besar! Satu keluarga yang apabila diamati dengan penuh keikhlasan dan penuh keyakinan serta kepercayaan penuh tanpa ragu adalah satu keluarga yang amat osem lagi bahagia!
Malangnya, umat Islam sekarang menganggap bahawa persaudaraan sesama aqidah itu tidak lagi mampu diwujudkan ekoran perubahan zaman dan peredaran bumi yang bergerak dengan laju ala-ala kereta Ferrari di medan litar Sepang! Ah! Begitu lah bunyi nya.
Kecewa, bukan?
Apakah yang membezakan kita sekarang dengan mereka yang dahulu kalanya?
Bukankah kita masih bergelar seorang Muslim? Biarpun kita tidak mempraktikkan segala suruhan-Nya pun, tetapi kita masih bergelar seorang Muslim. Dan dalam surah Hujurat ayat ke 10 itu secara terperinci mengatakan bahawa orang-orang beriman, yakni orang-orang yang mempercayai akan wujudnya Allah sebagai Tuhan, dan Muhammad sebagai Rasulullah dan utusan Tuhan. Apakah anda ingin mengatakan bahawa anda bukan orang-orang yang beriman? Sesungguhnya, apabila anda sudah mengatakan sedemikian, maka (naudzubillah min dzalik!) bukankah anda sudah berlaku syirik? Astaghfirullalazim!
Sahabat, saudaraku...
Kembalilah kita kepada fikrah Islamiyah yang kian hari kian pudar di muka bumi ini. Biarlah sedikit kita kembali, asalkan wujud juga bibit-bibit kesedaran tu.
Ah. Jauh kita menyimpang ni! Tapi bukankah itu kebenaran yang saya nyatakan tadi????
Ah.. Nanti kita sambung perbualan ini. Eheh!
Saya ada jemputan untuk ke program yang dianjurkan oleh sahabat. Makanya, kita berhenti sebentar ye!
WAH! Bajet iklan gitu! Hikhikhik.