Wednesday, October 2, 2013 @ 11:22 PM
Usrah (Taaruf)
Semalam saya menemui seorang ahli 'keluarga' saya yang amat saya cintai dan sayang, dan beliau telah mengajar saya 3 perkara yang amat besar maknanya dalam pembikinan sebuah usrah. Perkongsian yang ringkas tapi padat, dan alhamdulillah, hikmahnya dapat diterima dengan mudah daripada beliau.
Sebagaimana kita tahu, asy-Syahid Imam Hassan al-Banna telah mengemukakan mengenai isu pentingnya sebuah 'usrah' iaitu keluarga diwujudkan dalam masyarakat kita dalam menapaki jalan dakwah kita yang sungguh payah di masa kini. Mana tidaknya, diskriminasi dan seklusi masyarakat kini mengenai perihal agama telah mengehadkan jalan dakwah kita. Oleh itu, Hassan al-Banna (IHAB) telah mengambil inisiatif untuk membukukan (atau lebih elok lagi, mempraktikkan) satu gerakan 'usrah Islamiyah'.
IHAB telah mengeluarkan 3 hukum untuk menjayakan sesebuah usrah. Hukum 3T.
1) Ta'aruf
2) Tafahum
3) Takaful
Saya adalah seorang ahli usrah, seorang mad'u, dan seorang mutarabbi, maka saya tidaklah begitu fasih dalam hal kemurabbian, tetapi, saya tak nak mengehadkan kapasiti akal saya dan mengatakan "Cukuplah saya masuk usrah dan jadi mad'u. Saya tak layak lagi nak jadi dai'e dan murabbi ni.". Peluh kecil.
Dalam usrah, kita telah diajarkan mengenai tujuan hidup, iaitu 2:30 dan 51:56, di mana kita disarankan dan ditegaskan untuk melaksanakan tugas kita sebagai seorang 'abid (orang yang mengabdikan diri sepenuh dan secara total kepada Allah iaitu beribadat) dan sebagai seorang khalifah (di mana kita ditegaskan untuk menyebarkan risalah al-Quran dan as-Sunnah di muka bumi ini, dan juga untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar). Yang saya ingin tekankan kat sini adalah kenyataan di mana apabila kita telah melafazkan syahadah, kita sudah berikrar dan angkat sumpah untuk menjadi both 'abid and khalifah! Makanya, apakah wajar kita hanya ingin menjadi orang yang menerima? Sebabnya, khalifah bukan hanya menerima ilmu dan tarbiyah, tetapi seorang khalifah itu menyebar dan memperluaskan lagi ilmu dan mentarbiyah juga. Ia ibarat komunikasi dua hala, tetapi selalunya, saya akan menerangkannya sebagai komunikasi 3 hala. Mengapa? Tarbiyah dan hidayah puncanya daripada Allah, Allah mengurniakannya kepada kita, dan kita menerimanya. Bagaimana kita menerimanya? Ia dizahirkan dalam banyak bentuk dan rupa, dan apabila kita dah menerima, maka tugas seterusnya adalah kita menyebarkan pula. Mad'u atau mutarabbi kita akan berhubung dengan kita mengenai tarbiyahnya, dan kita berhubung dengan murabbi kita sendiri mengenai tarbiyah kita. Tetapi yang paling penting dan utama di sini adalah komunikasi kita bersama Allah. Oleh sebab hal ini, saya mengatakan ia sebagai komunikasi 3 hala.
Ah. Panjang!
Back to our main point.
Dalam pembikinan sebuah usrah Islamiyyah sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh IHAB, asas pertama yang harus dilakukan adalah proses Ta'aruf iaitu perkenalan. Bukankah pelik kita ingin membina suatu keluarga yang indah dan bahagia tetapi tidak pernah mengenali satu sama lain? Makanya, perkenalan itu penting. Perkenalan ini bukan hanya kita mengetahui nama, umur, dan perkara-perkara minor peribadi dia, tetapi kita mengetahui segala aspek mengenai beliau. Bukan mudah, ekoran pemikiran majoriti masyarakat kita pada masa kini. Orang yang terlalu baik dan tidak pernah dikenali sekarang dilihat sebagai seorang yang jahat, sedangkan tidak semua begitu. Itulah persepsi masyarakat sekarang. Makanya, kita kena usahakan juga. Dalam setiap ahli usrah ni, perkenalan adalah aspek paling penting, dan apabila aspek ini goyah, maka goyah jugalah usrahnya. Perkenalan ini mudah.
Saya mengambil jurusan kaunseling, dan pada suatu ketika dulu semasa kuliah yang membincangkan mengenai teori kaunseling, saya menemui sesuatu yang amat menarik perhatian saya. Saya telah diberikan peluang untuk berdebat mengenai satu teori iaitu Teori Pemusatan Insan/Klien (Person-centred Counselling) yang telah dipelopori oleh Carl R. Rogers. Dalam teori tersebut, Rogers telah mengemukakan 3 ciri untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan :
i) Empati
ii) Penerimaan tanpa syarat
iii) Kongruen
Mengapa saya amat tertarik dengan 3 ciri ni? Sebab ia mengingatkan saya mengenai naqibah saya, di mana naqibah saya telah berjaya melaksanakan 3 ciri ini dalam usrah kami. Berkenaan dalam kontek taaruf, saya amat tertarik dengan aspek penerimaan tanpa syarat. Apa yang saya boleh simpulkan dalam buku "Bagaimana Menyentuh Hati" dalam bacaan saya dalam beberapa babnya, seorang dai'e harus belajar untuk berkasih sayang, dan belajar untuk memahami dan bukan menghukum. Ia juga telah mengemukakan contoh bagaimana sahabat-sahabat dan juga Rasulullah sendiri berjaya untuk menyentuh hati-hati orang sekeliling sehinggakan mereka tertarik dengan Islam.
Ah, what's my point now? Hehe. Asif, menyimpang pulakkan~
Begini, dalam taaruf, penerimaan tanpa syarat adalah penting. Kita tak perlu endahkan apa yang pernah dilakukan oleh mereka. Kenapa? Eh, tanya diri sendiri. Anda tak maksum juga kan? So, mengapa nak menilai peribadi mereka gara-gara masa silam mereka. Kita harus terima mereka seadanya, barulah proses taaruf itu boleh berjalan dengan lancar! Gitu!
Ha. Apa lagi, bertaaruf lah. Sebab semakin banyak kenalan, semakin hebatlah jalan dakwah kita!