Tuesday, May 21, 2013 @ 2:37 PM
Sedarkah kita?
Wahai pemuda,
sedarkah kita yang kita adalah generasi untuk membangkitkan kembali syiar Islam yang sekarang menjadi satu hinaan kepada dunia?
Wahai umat Islam,
sedarkah kita bahawa hari Kiamat semakin menghampiri dan pemuda-pemuda kita semakin hari semakin lalai?
Wahai pemuda,
sedarkah kita tentang keistimewaan Islam dalam kehidupan untuk diri kita, dan juga untuk dunia?
Wahai umat Islam,
ingatkah lagi kita tentang semangat perjuangan dan semangat jihad yang dahulunya kuat di kalangan kita, tetapi semakin lemah dan semakin menghilang sekarang?
Wahai pemuda,
indatkah lagi kita tentang perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh yang dapat menawan Kota Konstatinopel dalam usia 20-an nya, tetapi kita leka dengan duniawi sekarang?
Wahai saudara-saudaraku,
ingatkah lagi kita tentang tujuan hidup kita di dunia ini?
Inatkah lagi kita janji-janji Allah kepada kita sekiranya kita betul-betul beriman kepada-Nya?
Sedarkah kita tentang realiti-realiti umat kita yang semakin hari semakin tenat sekarang?
Sedarkah kita apabila kita tengah seronok berada di bangku ad-Din, tetapi kita tidak menghiraukan saudara-saudara kita yang lain yang lemah terbelengkalai di sana?
Sedarkah kita, kita telah tidak sengaja menghina dengan hati dan mata akan orang-orang yang kurang atau tiada gah ad-Din dalam diri mereka?
Saudaraku,
percaya kah anda bahawa pengakhiran zaman dan dunia kita semakin hampir, dan kita terus lalai dimamah nikmat dunia?
Sedih lah anda, tetapi, kesedihan anda tidak dapat mengubah apa-apa, sekiranya anda tidak mengubahkannya sendiri dengan usaha anda.
Saudaraku,
bangkitlah, dan bangunlah kembali Islam di muka bumi Allah ini.
Jadikanlah Islam sebagai Ustaziatul Alam sepertimana para sahabat-sahabat, para tabi'in, para tabi' tabi'in telah berjaya melaksanakan suatu ketika dahulu.
Sedarlah wahai saudaraku.
Sedarlah.