<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(//www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7361369826637660353?origin\x3dhttps://dakwah-is-love.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Islam is not just a religion,
Thursday, May 2, 2013 @ 12:48 AM
Usaha
Bila bicara tentang usaha, kebiasaan dalam otak kita, kita akan imagine diri kita bekerja dari pagi sampai ke malam tanpa henti dan tanpa kenal erti lelah. Itu adalah satu definisi usaha bagi yang workaholic, walaupun tak semua macam tu. kihkihkih. Tapi, ada benar definisi tu. Usaha adalah perbuatan kita untuk melaksanakan sesuatu dengan penuh azam, semangat dan keyakinan! Ala-ala macam Ultraman yang nak hapuskan raksasa yang lebih gah dari dia sendiri. kekeke. Pernah dengar kan kisah burung yang cuba untuk padamkan api tu? Subhanallah.. Banyak ibrah yang kita boleh ambil daripada kisah burung ni. Terutama sekali berkaitan dengan usaha. Tak ingat? InsyaAllah, mai saya ceritakan...
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali.
Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.
Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.
Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”"

Maaf ye, malas pulak nak taip. hehe. Tapi, inilah kisahnya. So, now, we can ask ourself, nak jadi seperti burung tu atau nak jadi seperti cicak?

Pada mata orang lain, budaya menulis dalam blog ni adalah old-style, tapi inilah contribution kami dalam dakwah. Dan macam burung kecil tu, inilah usaha kecil kami, dan insyaAllah, apa yang kami nak bukan populariti mahupun orang untuk tersentuh dengan tulisan-tulisan kami, tapi kami sekadar berkongsi ilmu dengan anda-anda.

Bila hidup untuk duniawi, maka tiadalah nikmat syurga untuk kita. Maka, betulkan niat, kerana niat itu adalah permulaan dalam segala sesuatu




.  

InsyaAllah, semoga Allah permudahkan usaha saya dalam dunia blog ini. "Dakwah is love, so spread the love."



it is a lifestyle.